Ahad, 13 Julai 2008

Kekalkan Cara Pemakaian Melayu yang Sopan dan Usahlah Diubah hingga Hilang Kehalusan Budi serta Adat Kemelayuan

Sejak kurun ke-21 ini, pelbagai jenis tren dan ikutan yang telah dibawa oleh arus kemodenan, terutamanya pada aspek fesyen. Jika kita perhatikan, fesyen-fesyen pakaian yang ada pada zaman ini lebih cenderung ke arah corak kebaratan. Pakaian tradisional Melayu yang kita sering lihat sekarang lebih kepada pakaian Baju Kurung dan juga Baju Kebaya. Pakaian tersebut juga telah diubah-ubah menurut kehendak dan citarasa pemakai. Maka, banyak pakaian Melayu zaman sekarang agak "fitting" atau boleh menampakkan bentuk badan. Pada pendapat saya, ini kurang menonjolkan adab orang Melayu yang sopan santun. Maka, kuranglah keaslian adat Melayu yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu. Seperti yang disebutkan di pos saya yang sebelumnya, bangsa melambangkan budaya. Maka, apa yang dikenakan oleh orang-orang Melayu jelas menunjukkan budaya mereka. Kalau kita kenakan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, ianya menunjukkan adat orang Melayu yang sopan, berbudi bahasa dan mulia. Sebaliknya, kalau kita mengenakan pakaian Melayu yang diubah-ubah mengikut citarasa yang menjolok mata, kita seolah-olah ingin bangsa lain menganggap bahawa orang Melayu itu mengamalkan adat "menggoda" dan mencari perhatian. Justeru, ianya adalah penting agar kita mengamalkan cara pemakaian Melayu yang asli dan sopan adanya. Janganlah kita ubah fesyennya hingga hilang kesopanan dan kelembutan dalam budaya kita. Maka, dapatlah kita kekalkan adat kita sebagai orang Melayu. Walaupun dari sisi ini, tidaklah nampak besar pelestariannya, jika dimulakan dari aspek sekecil ini, dapatlah kita mengorak ke arah yang lebih besar nanti.

Justeru, cara pemakaian seseorang melambangkan bangsanya, dan BANGSA MELAMBANGKAN BUDAYANYA..

Salam kasih dan sayang..
NHMY:)

Selamat Malam!!

Tiada ulasan: