Khamis, 10 Julai 2008

Pengenalan.

Kata orang, "Bahasa melambangkan bangsa". Tanpa bahasa siapalah kita. Bagi saya, bahasa merupakan suatu bahagian besar dalam pengenalan budaya Melayu. Seseorang itu mula mengenal budaya Melayu itu daripada bahasa yang ditutur oleh bangsa yang istimewa ini. Namun begitu, apa yang dilihat sekarang ialah ramai juga remaja Melayu yang merupakan golongan pelapis bangsa, kurang mahir dalam berbahasa Melayu. Jikalau bukan kita yang berbangga dan menggunakan Bahasa Ibunda kita dengan sebaik-baiknya, maka, luputlah semangat jitu masyarakat Melayu.

Seperti yang semua tahu, bahasa Melayu itu tersusun indah penuh kesopanan dan budi bahasa. Maka, apabila seseorang bangsa Melayu itu bertutur, terserlahlah keindahan budaya dan kelakuan orang Melayu. Dari buah, dikenal pohonnya. Dari bangsa, dikenal bahasanya. Dari bahasa pula, barulah dikenal budayanya. Lantas, penggunaan Bahasa Melayu secara meluas itu adalah penting dan tidak patut diperlecehkan atupun diremeh-temehkan. Kita orang Melayulah yang harus mengekalkan dan memulihara keindahan serta keaslian budaya Melayu kita. Kata Hang Tuah, "Tiada Melayu hilang di dunia". Marilah kita sama-sama menyahut kata-kata ini dengan melestarikan budaya kita. Tetapi ingat, mulakan dari penggunaan bahasa Melayu yang sopan dan tertib. Barulah, masyarakat lain tertarik dengan kehalusan dan keindahan budaya kita. Semoga berjaya. Sampai bertemu lagi. Selamat malam.

Tiada ulasan: