Rabu, 16 Julai 2008

Pantun-berpantun Sepanjang Hayat...

Bahagian 2:

Jadi kenapa ya kita perlu melestarikan adat pantun-berpantun ini? Mestilah, takkanlah hendak dibiarkan kehalusan bahasa yang terpahat dalam pantun-pantun ini pupus begitu sahaja? Siapa lagi yang akan melestarikan adat budaya Melayu kita seperti ini kalau bukan anak jati Melayu sendiri? Pantun-pantun Melayu sememangnya patut dilestarikan dalam adat budaya Melayu. Setiap kata, baris dan rangkap patut diberikan penghargaan. Di dalam adat budaya Melayu kita ini, terutama dalam adat berpantun, terdapat unsur bahasa halus ataupun kata sindiran secara beralas yang ingin disampaikan oleh si penyampainya. Maka itu, kita tidak bolehlah mengambil ringan akan mesej mahupun hajat si penyampai. Di sini saya ada melampirkan video gurindam Melayu lama bertajuk Gurindam Jiwa:





Maka, kita nilaikan sendiri betapa indahnya bahasa dan budaya Melayu jika digunakan sebaik-baiknya. Justeru,

Yang lorek itu kundi,
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi,
Yang indah itulah bahasa.

Maka, jelaslah mengapa kita patut melestarikan budaya pantun-berpantun dalam adat Melayu. Bahasa melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan budaya. Marilah sama-sama kita melestarikan sebahagian adat Melayu ini. Kata orang, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Sekian. Aslmkm Wrb..Selamat Malam!!

Tiada ulasan: