Bahagian Satu:
Anak Pak Ali membuka geraiGerai dibuka di pasar raya
Biarpun badan hancur berderai
Asalkan kekal adat budaya
Wah! Berpantun pula saya ya..hehe
Seperti yang kita tahu, adat pantun-berpantun diamalkan oleh nenek-moyang kita pada zaman dahulu. Terdapat pelbagai jenis pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat dan bermacam -macam lagi. Malah, ada juga pantun yang dinyanyikan seperti syair dan gurindam. Pantun-pantun seperti ini bukan sahaja memaparkan keindahan bahasa serta budaya Orang Melayu kita, tetapi ia juga memberi gambaran tentang kebijaksanaan orang Melayu dalam berpantun secara spontan. Ya, kawan-kawan, orang Melayu zaman dahulu berpantun secara spontan! Kepantasan serta kecekapan minda orang Melayu kita zaman dahulu begitu mengagumkan saya. Amalan pantun-pantun ini jelas dapat dilihat sewaktu adat merisik bunga di taman dan juga dalam adat meminang. Si wakil pihak lelaki membuka "gelanggang" berpantun lalu pihak perempuan pula akan membalasnya.
Namun begitu, budaya pantun-berpantun ini semakin berkurangan semenjak orang Melayu kita melalui arus kemodenan. Orang Melayu kita kini lebih suka cara perbincangan yang lebih ringkas dan cepat kerana keadaan masa yang berjalan dengan begitu cepat. Mereka kurang menitikberatkan bahasa yang beralas kerana lebih suka berterus-terang(secara direct) serta kurang mengira perasaan orang lain. Maka, semakin berkuranganlah adat pantun-berpantun dalam masyarakat Melayu kita..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan